DirectD Buka Cawangan Gadget Terbesar di Petaling Jaya

1165
0
SHARE

Berita baik untuk peminat-peminat gadget dan telekomunikasi!

Syarikat pemborong, peruncit telefon bimbit dan aksesori, DirectD, kini membuka cawangan ke enam mereka di Petaling Jaya.

Advertisement

Cawangan bangunan dua tingkat dan mempunyai keluasan 18,000 kaki ini, merupakan yang terbesar di Malaysia.

11031162_740539829377516_2063338920211281621_n

Cawangan mega store ini terletak bersebelahan dengan Pusat Servis Mazda, sebaris banggunan Avon di Lebuhraya Persekutuan.

Kedai terbesar itu sudah pun dibuka dan beroperasi daripada pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Pasti ramai yang sudah mengenali DirectD, yang merupakan pusat sehenti untuk telefon bimbit, gajet dan eksesori disamping menyediakan khidmat membaiki dan servis.

11100091_740289042735928_4670541286589801879_n

Lebih daripada 300 jenama gajet yang dijual dan juga lebih 1,000 aksesori boleh didapati di dibawah satu bumbung.

Pada tahun 2014 , DirectD menerima anugerah BrandLaureate SME’s Best Brands Award daripada Asia Pacific Brands Foundation, dan juga tersenarai sebagai peniaga terbaik untuk jenama Asus , Blackberry , HTC , Huawei , Lenovo , Motorola , Nokia , OPPO dan Sony .

Selain itu , baru-baru ini juga DirectD dianugerahkan Official Retail Partner for ChatSim, yang merupakan SIM pertama di dunia yang membolehkan pengguna berbual secara percuma dengan semua aplikasi mesej.

1978811_740455396052626_1556583037773340919_n

Tapi macam biasa, kalau kedai yang kecil pun memang penuh dengan orang apa lagi kalau kedai yang besar kan.

Memang orang ramai sentiasa berpusu-pusu untuk ke DirectD kerana harga yang ditawarkan untuk telefon bimbit, mahupun semua gadget, memang berpatutan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman Facebook mereka DirectD.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here