Ekonomi Lembap, Pekerja Malaysia Di Singapura Mula Pulang

343
1
SHARE

PETALING JAYA: Ramai rakyat Malaysia yang diberhentikan kerja di Singapura kembali mencari pekerjaan di tanah air, ekoran kelembapan ekonomi dan dasar pekerja asing ketat dilaksanakan negara itu.

Menurut laporan Free Malaysia Today, antara sektor paling terjejas ialah minyak dan gas asli.

Advertisement

Shin Min Daily News sebagai melaporkan, kelembapan ekonomi di Singapura memerlukan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun untuk pulih.

Ekonomi Malaysia berkembang lebih pesat dari Singapura

Kelembapan ekonomi bukan sahaja berlaku di Singapura, sebaliknya sektor minyak dan gas asli di seluruh dunia turut terjejas.

Ekonomi Malaysia berkembang 5% tahun lalu berbanding Singapura sekadar 2%, jadi peluang pekerjaan di republik terbabit juga berkurangan.

Jadi ianya adalah normal jika rakyat Malaysia diberhentikan kerja di negara berkenaan dan pulang ke tanah air.

Gaji tinggi, golongan profesional lebih suka berkerja di Singapura 

Laporan juga mendakwa, ada di kalangan profesional Malaysia yang berpendapatan S$5,000 (RM15,000) hingga S$8,000 (RM24,000) meletak jawatan di Singapura untuk pulang ke tanah air.

Namuan tidak ramai rakyat Malaysia yang bergaji tinggi di republik itu akan berbuat demikian, kecuali mereka mempunyai alasan tertentu.

Kredit: Free Malaysia Today

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here