Diet

Elak 4 Perkara Ketika Berbuka Untuk Kekal Langsing

Masa bulan puasa ni ramai yang susah sangat nak kawal nafsu makan. Kalau boleh semua benda nak sumbat dalam mulut.

Kalau ikutkan masa puasa boleh turunkan berat badan, tapi badan anda makin berisi dek kerana terlalu mengikut nafsu ketika berbuka puasa.

Macam-mana nak kekal langsing di Hari Raya nanti. Tak cemburu ke tengok badan perempuan lain macam ‘kerengga’!

Kalau nak badan kekal langsing, elakkan diri anda dari 4 makanan ini!

1. Jangan makan berlebihan, berhenti sebelum kenyang

Waktu malam, tubuh akan mengambil masa lama untuk mencerna makanan. Jika anda makan berlebihan, makanan tersebut sukar untuk diproses dan akhirnya menjadi lemak.

2. Jangan makan sebelum tidur

Ada diantara anda yang suka makan sebelum tidur sesudah pulang dari mengerjakan solat tarawih. Yang ni mesti semua tahu. Tidur selepas makan membuatkan berat badan naik.

3. Elakkan kopi dan minuman kafein

Minum minuman berkafein membuatkan anda sukar untuk tidur. Tidur yang cukup sangat penting untuk mendapatkan berat badan ideal.

4. Elakkan makanan tinggi karbohidrat

Makan banyak karbohidrat, seperti nasi, roti, dan gula ketika berbuka menyebabkan kadar gula darah meningkat meningkatkan dan punca kenaikan berat badan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top