FAKTA: Malaysia Negara Duda & Janda, 156 Pasangan Bercerai Setiap Hari!

3804
2
SHARE

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh enam tahun lalu, sebanyak lebih 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai institusi keluarga Islam di negara ini.

Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut mendedahkan sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu.

Fakta:Enam kes penceraian berlaku setiap jam

Berdasarkan statistik itu, secara purata sebanyak 156 kes perceraian berlaku setiap hari atau enam kes bagi setiap jam.

Selain itu, statistik perceraian pasangan Islam dalam tempoh lima tahun lalu juga menunjukkan peningkatan begitu ketara iaitu daripada 43,749 kes pada 2011 kepada 53,870 kes pada 2014, naik sebanyak 10,121 kes.

Fakta:Punca utama penceraian

Kebanyakan kes penceraian yang direkodkan, melibatkan pasangan muda dengan usia perkahwinan lima tahun ke bawah.

Punca utama penceraian ialah tiada persefahaman, pasangan curang, pasangan tidak bertanggungjawab, campur tangan keluarga dan masalah kewangan.

 Kosmo

2 COMMENTS

  1. Media sibuk paparkan manisnya kawin muda, seronoknya kawin bajet murah.,…..berlumba2 la orang yg teringin….tapi diri sendiri punya persediaan tak sama mcm orang yg memaparkan pengalaman yg konon2 manis tu…sudahnya menjerat diri sendiri….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here