Buletin

Foto Wanita Baca al-Quran Atas Motosikal Jadi Tular

Jakarta merupakan bandar besar negara Indonesia. Jadi tidak hairanlah jika bandar tersebut terkenal dengan kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi pada waktu bekerja.

Baru-baru ini, tindakan seorang wanita membaca al-Quran ketika berada di atas motosikal yang terperangkap di dalam kesesakan menarik perhatian ramai.

Gambar tersebut dimuatkan di dalam instagram.com/dramaojol.id, memaparkan seorang wanita yang memakai jaket dan topi keledar berlogo Grab.

Berdasar cerita yang dipaparkan, wanita tersebut dikatakan penunggang Grab Motosikal dan pada ketika itu telah mengambil seorang penumpang.

Penumpang tersebut yang rasa simpati dengan wanita berkenaan meminta untuk menunggang motosikal tersebut dan wanita itu duduk dibelakang.

Dalam keadaan lalu lintas yang sesak, tiada apa yang dapat menghalang wanita berkenaan membaca al-Quran.

Tindakan wanita itu sekaligus melahirkan keinsafan kerana sibuk mana pun pekerjaan seseorang itu, ianya tidak harus dijadikan alasan beribadah dan mencari pahala di sepanjang Ramadan ini.

Sumber: Utusan Online

1 Comment

1 Comment

  1. asyiah jalil

    June 15, 2017 at 12:59 pm

    Respek ngan wanita rider grab ni, boleh jadi contoh kita boleh beribadah wlupon dlm keadaan sebok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top