Gara-gara Wang Hantaran Tak Cukup RM15 Ribu, Dua Keluarga Gaduh Besar!

1616
0
SHARE
Pengantin perempuan dikatakan menarik tudung salah seorang ahli keluarga pihak lelaki dalam pergaduhan besar tersebut.

Hanya kerana duit hantaran sebanyak RM15,000 tidak mencukupi, sepasang kekasih gagal disatukan.

Lebih parah ahli keluarga mereka gaduh besar sebelum majlis akad nikah berlangsung di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam.

Pengantin lelaki ditumbuk selepas pihak perempuan tidak mahu meneruskan majlis..

photo55184781112094621

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, pihak perempuan tidak membenarkan majlis akan nikah diteruskan memandangkan pengantin lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan cuma membayar wang hantaran sebanyak RM10,000.

Kata sumber lagi, pengantin lelaki ditumbuk selepas dia dikatakan ingin beredar dari masjid sebelum tercetusnya pergadugan antara kedua-dua belah keluarga.

Gaji lelaki tersebut hanya RM1,500 sebulan & pasangan ini sudah bercinta 3 tahun..

Keadaan bangku yang rosak dalam pergaduhan tersebut.
Keadaan bangku yang rosak dalam pergaduhan tersebut.

Difahamkan, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Pengawal keselamatan itu dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun sejak tiga tahun lalu.

Menurut sumber itu lagi, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, bagaimanapun pihak pe­ngantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi mangsa tidak membayar baki RM5,000.

Sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here