Buletin

“Guru Liwat Saya Lebih 50 Kali,” Kata Pelajar

Seorang guru dari sebuah sekolah di Mukah, Sarawak, ditahan kerana didakwa meliwat seorang pelajar sekurang-kurangnya 50 kali sejak 2015.

Menurut laporan The Star, penahanannya berikutan laporan polis yang dibuat selepas pelajar tersebut, 14, menceritakan kejadian itu kepada seorang guru lain kerana tidak tahan diserang secara seksual.

Diliwat sejak bulan Ogos 2015 sehingga Mei tahun ini

Polis berkata pelajar lelaki mendakwa diliwat suspek, 42, sejak Ogos 2015 dan berterusan sehingga bulan lepas.

“Budak lelaki itu berdiam diri kerana dia takut kepada guru itu,” kata Ketua Polis Daerah Mukah Timbalan Supt Jimmy Panyau menurut laporan itu.

Menurutnya, suspek meliwat pelajar itu dalam 5 kejadian berasingan antara Februari dan Mei tahun ini.

Guru tersebut melakukan perbuatan terkutuk tersebut di kuaters guru

Sumber: Utusan Borneo

Menceritakan bagaimana serangan itu bermula, Panyau berkata pelajar itu menceritakan guru tersebut meliwatnya di kuarters guru dan di sebuah hotel di Kapil dalam 20 kejadian berasingan antara Ogos dan Disember 2015.

“Mangsa juga mendedahkan dia diliwat suspek kira-kira 30 kali di sebuah rumah di Kemuyang, Sibu,” kata Panyau, menurut The Star.

Suspek juga mengajar di sekolah luar bandar di Kapit, di tempat di mana beliau ditahan semalam.

“Suspek akan dihantar ke balai polis Mukah esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” kata Panyau.

Jika disabit kesalahan, guru itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sumber: Free Malaysia Today

1 Comment

1 Comment

  1. Yat

    June 17, 2017 at 2:46 am

    Nafsu kuda songsang kuad gila cikgu tuuuu gersang kot ni aihhhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top