HaHa Hampir Lumpuh Ketika Penggambaran Running Man

2556
0
SHARE

Selebriti program realiti TV Running Man, Haha, mendedahkan dia hampir lumpuh ketika menjalani penggambaran Running Man dan Infinite Challenge.

Menurut laporan All Kpop, HaHa memberitahu, tahap kesihatannya semakin menurun sejak menjalani penggambaran yang lama untuk dua program realiti tersebut.

“Semasa menjalani penggambaran saya pernah mengalami masalah sakit tulang belakang (Spinal disc) yang menggangu prestasi saya.

“Akibat daripada masalah yang dihadapi, saya harus untuk meneruskan juga penggambaran kerana tidak mahu ia memberi kesan kepada penggambaran dan rakan selebriti yang lain.

“Doktor yang merawat saya juga pernah berkata bahawa kecederaan yang dihadapi itu boleh mengakibatkan saya lumpuh,” katanya.

Menurut Haha lagi, dia juga mendedahkan bahawa terdapat juga dua lagi hos Running Man iaitu Yoo Jae Suk dan Gary juga pernah mengalami kecederaan yang serius.

Tambahnya lagi, mereka tidak mempunyai banyak masa untuk menjalani rawatan dalam tempoh yang panjang dan pihak produksi akan memotong babak itu.

“Sebenarnya orang ramai tidak tahu mengenai kesakitan yang dialami oleh para peserta kerana kecederaan yang di alami tidak akan ditayangkan di televisyen,” ujarnya.

SUMBER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here