Haron Din Meninggal Dunia

4533
1
SHARE

Harian Metro pagi ini melaporkan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun. Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.

Advertisement

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, maklumat lanjut akan menyusul daripada pihak keluarga Allahyarham Tuan Guru.

“Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

“Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum itu Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here