Jangan Buat 6 Perkara Ini Lepas Gaduh Dengan Pasangan!

23044
0
SHARE

Bergaduh, bertengkar, bermasam muka tu perkara biasa dan menjadi asam garam dalam rumah tangga.

Walaupun hubungan anda dan pasangan semanis madu pun mesti akan bergaduh jugak. Dengan cara inilah untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Tapi, lepas bergaduh tu jangan pulak korang buat 6 perkara ini. Boleh buatkan hubungan anda dan pasangan boleh jadi lebih teruk!

1. Asyik fikirkan episod hitam tersebut

tumblr_inline_nbz7xin9t61s9acvf

Tak kisahlah siapa yang salah, jadikan pengajaran dan lupakan episod hitam tersebut. Mungkin anda juga salah. Cuba lihat semula kejadian tersebut dari sudut positif. Jika asyik fikirkan dari sudut negatif je, ia akan beri kesan buruk pada anda.

2. Merungkai semuanya, sehingga kesilapan sebesar semut

6356146751497749471529857376_crying-celebrity-gifs-lauren-conrad_zpse070d0b2

Ramai yang memilih untuk duduk dan fikirkan masalah tersebut dari A-Z. Jika anda terlalu fikirkan, anda cenderung untuk melihat keburukan sahaja termasuklah kesilapan kecil. Sedikit sebanyak anda lupa semua kebaikan yang ada pada pasangan.

3. Masih belum move on, akhirnya tertekan

tumblr_nvprc5eivc1u49eego1_500

Walaupun selepas bertengkar, anda masih berada dalam keadaan tertekan, itu bermakna anda masih lagi memirkan tentang perkara tersebut.

4. Ceritakan kepada orang lain

7m6wk

Ini wanita selalu buat. Tak kisah besar mana pun masalah anda dan pasangan, jangan sekali kongsikan dengan orang lain. Kadang-kadang ada kawan yang tak boleh pakai dan bagi nasihat yang boleh merosakkan hubungan anda dan pasangan.

5. Rancang untuk balas dendam

tumblr_m70urhhvim1rziwwco1_r1_500

Jangan sesekali lakukan perkara ini. Kalau pasangan anda pernah curang, jangan sesekali anda balas dek kerana kemarahan yang memuncak. Ini adalah racun utama dalam hubungan.

6. Cari point untuk bergaduh

giphy

Bila rasa marah tu tak hilang, cara yang orang selalu lakukan adalah dengan cari alasan untuk bergaduh lagi. Dari fikirkan point untuk bergaduh, lebih baik cari cara untuk berdamai dan selesaikan masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here