KAJIAN: Kasih Sayang Buat Anda Bahagia, Bukan Wang Ringgit

1385
2
SHARE

Jika anda katakan wang ringgit boleh beli kebahagiaan, sangkaan anda itu salah sama sekali.

Kajian terbaru membuktikan, mencari kasih sayang lebih memberi kepuasan berbanding daripada mencari wang ringgit.

Advertisement

Kaji selidik yang dilakukan oleh London School of Economics mendedahkan, ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kebahagiaan seseorang.

Kasih sayang beri kabahagiaan untuk jangka masa panjang

Kajian tersebut dilakukan keatas 200,000 orang di UK dan antarabangsa, yang mengalami masalah kemurungan dan pernah gagal dalam hubungan.

Kajian mendapati, kasih sayang beri kabahagiaan luar biasa pada seseorang. Manakala, kenaikan gaji hanya mampu beri kabahagiaan seketika sahaja.

Wang ringgit buatkan seseorang itu rasa bahagia untuk seketika sahaja

Pada skala 1 hingga 10, gaji dua kali ganda hanya mencatatkan kebahagiaan pada skala 0.2 sahaja. Sebaliknya, merasai kasih sayang mencatatkan skala kebahagiaan 0.6 hingga 0.7.

Profesor Richard Layard, penulis dan juga penyelidik bersama kajian itu berkata, kajian itu juga menjelaskan betapa pentingnya untuk seseorang itu menangani masalah kesihatan mental dan bukannya memberi tumpuan untuk mencari kekayaan.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here