Kajian: Makin Ramai Rakyat Malaysia “Perut Buncit”!

5272
0
SHARE

Dianggarkan 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan jumlah penyakit ini terus meningkat.

Ia disebabkan oleh tabiat pemakanan yang tidak sihat serta malas untuk melakukan aktiviti fizikal. Tanpa mereka sedar, terjadinya kegemukan di bahagian perut.

Ketua Jabatan Endokrin Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Dr Badrulnizam Long Bidin berkata, jumlah rakyat Malaysia menghidap diabetes meningkat setiap tahun dan puncanya disebabkan obesiti.

Usia muda dah kena penyakit kencing manis?

giphy

Data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan, setiap satu daripada tujuh orang yang berumur 18 tahun ke atas dan seorang daripada lima individu yang berusia 30 tahun ke atas, menghidap kencing manis.

Lebih membimbangkan, kira-kira satu pertiga daripada jumlah penghidap kencing manis itu tidak menyedarinya.

“Kegemukan di perut ialah apabila seseorang itu mempunyai lebih banyak lemak di bahagian perut dan ia boleh diukur menggunakan pita pengukur iaitu bagi wanita Asia, ia sepatutnya tidak melebihi 81 cm dan bagi lelaki Asia tidak boleh melebihi 91 cm.”

Amalkan pemakanan yang sihat dan rajin bersenam

tumblr_lga0scZHDS1qbagyj

“Rakyat Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan mereka cenderung mengambil makanan berlebihan yang membawa kepada obesiti.

“Disarankan agar orang ramai melakukan aktiviti sihat sekurang-kurangnya 150 minit seminggu,” tambah beliau.

Ramai yang anggap diabetes diabetes berpunca daripada faktor keturunan tetapi ianya boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam, kawal kandungan lemak  dalam makanan, paras gula.

Dr Badrulnizam berharap rakyat Malaysia akan mengambil langkah berjaga-jaga dan terhindar penyakit ini kerana ia boleh menyebabkan komplikasi lain seperti strok, buta dan serangan jantung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here