KAJIAN: Menganggur Terlalu Lama Buatkan Seseorang Jadi Penipu!

651
0
SHARE

Bukan senang nak dapat kerja sekarang ni. Kena berusaha keras dan jangan sesekali putus ada kerana rezeki ada dimana-mana.

Sesiapa pun akan rasa susah hati kalau dah setahun habis belajar tapi masih tidak dapat kerja yang diimpikan. Ada yang sampai kecewa dan cemburu dengan orang lain yang senang je dapat kerja.

Advertisement

Tapi, tahukah anda bahawa, rasa iri hati terhadap orang lain yang bekerja boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pembohong.

Menanggur terlalu lama buatkan seseorang menipu ketika temuduga

1447712877-resume-gif-1435177383

Menurut laporan Daily Mail, sebuah kajian yang dilakukan oleh empat universiti mendapati, pengangguran dalam tempoh yang lama menyebabkan seseorang itu menjadi penipu terutama sekali ketika membuat resume mereka.

Dek kerana rasa iri hati dengan orang lain yang lebih bertuah dan mudah mendapat pekerjaan, si penganggur akan mereka cerita atau menceritakan perkara yang sebenarnya tak pernah wujud setiap kali dalam temuduga.

Hanya kerana ingin bersaing dapatkan pekerjaan, ada yang sanggup mereka cerita

job-interview-tips-holding

Apa yang pasti, si pengaggur tidak akan berlaku jujur hanya kerana ingin bersaing untuk mendapatkan pekerjaan.

Menurut penyelidik, sifat tersebut akan beri kesan buruk kerana ramai yang menganggap anda tidak perlu lagi di ajar dan akhirnya beri tekanan hebat pada diri sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here