KAJIAN: Rotan Anak Buat Mereka Lebih Bijak & Berjaya

409
1
SHARE

Sebelum ini, ada beberapa kes di mana ibu bapa guru di sekolah merotan atau memukul jika anak mereka melakukan sebarang kesalahan.

Hal tersebut menyebabkan ramai anak-anak muda sekarang terlampau dimanjakan sehingga bebas melakukan apa saja.

Advertisement

Tapi sebenarnya, merotan atau menghukum anak-anak di atas kesalahan yang mereka lakukan sebenarnya adalah satu tindakan yang baik.

Kanak-kanak 6 tahun yang dipukul mempunyai prestasi lebih baik

Kajian yang dibuat oleh seorang Profesor Psikologi di Kolej Calvin Michigan, Marjorie Gunnoe mendapati, kanak-kanak sehingga umur enam tahun yang pernah dipukul mempunyai prestasi lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak pernah dipukul.

Kajian yang melibatkan seramai 179 remaja diberikan soalan berapa kerap mereka dipukul sewaktu kanak-kanak dan bila kali terakhir mereka dipukul.

Hasil kajian tersebut menjelaskan bahawa, kanak-kanak yang dipukul sehingga usia enam tahun mempunyai prestasi yang lebih baik dalam hampir semua kategori positif dan kurang dalam kategori negatif berbanding dengan mereka yang tidak pernah dihukum secara fizikal.

Kanak-kanak 7 hingga 11 tahun yang dipukul lebih berjaya dalam akademik

Selain itu, kanak-kanak yang pernah dihukum atau dipukul oleh ibu bapa mereka ketika umur tujuh tahun sehingga 11 tahun, lebih berjaya di dalam akademik berbanding dengan mereka yang tidak pernah dipukul.

Walau bagaimanapun, konsep merotan atau menghukum anak-anak ini tidak boleh di ambil sebagai jalan mudah untuk ibu bapa ‘mendera’ anak mereka setiap kali mereka melakukan kesalahan.

Anak-anak pula seharusnya tidak menyalahkan ibu bapa kerana tindakan tersebut mengajar anda untuk menjadi manusia yang lebih baik.

SUMBER

1 COMMENT

  1. Aku adalah insan yang melalui era Cikgu penampaq sampai jatuh terduduk pun takdak hal.. balik rumah kalau mengadu dekat mak, kena lagi bilas hangar kat belakang… true story huhu sekolah rendah (92-97)… tapi depend jugak.. kalo yg jenis pemalas tu takleh nak kata apa dah… rotan berbiras naik.. tetap selamba pemalas baca buku huhu.. proud to be 90 kids huhu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here