Kalau Berani, 6 Bandar Berhantu Di Dunia Anda Mesti Pergi!

4848
1
SHARE

Pernah tak anda terfikir yang anda tinggal disebuah bandar yang sunyi dan tiada penduduk disana?

Selalunya kita hanya tengok bandar ‘berhantu’ di dalam filem sahaja. Tapi bandar tiada berpenghuni sebenarnya memang wujud.

Advertisement

Mesti rasa sunyi, seram sejuk dan pasti mempunyai kisah-kisah mistik.

Dipetik daripada Wanita, 6 bandar berhantu yang boleh jadikan sebagai destinasi baru untuk anda singgah!

1. Naypyidaw, Myanmar

Pada tahun 2002, Naypyidaw sebuah bandar baru untuk ibu negara Myanmar. Namun tidak ramai berhijrah ke Naypyidaw kerana kemudahan seperti sekolah, perumahan dan hospital belum mencukupi.

Pihak kerajaan Myanmar bersungguh dalam memajukan industri pelancongan mereka di bandar Naypyidaw tapi hasilnya tidak berjaya kerana tidak ramai pelancong berani kesana kerana menganggap bandar tersebut berbahaya.

2. Pyongyang, Korea Utara

Pyongyang, bandar misteri ibu negara Korea Utara yang 100% berbeza dari bandar Seoul. Sebenarnya, Pyongyang bukanlah destinasi yang menakutkan pun sebab mereka mengalu-alukan kedatangan pelancong dan menyediakan pelbagai acara menarik sepanjang tahun.

Tapi yang apa yang merisaukan ialah sukar untuk jumpa makanan halal di sana.

3. Ordos, China

Tujuan terciptanya bandar Ordos adalah untuk menjadi sebuah bandar yang hebat dengan seni bina, plaza, stadium dan tempat tumpuan orang ternama.

Malangya, semasa pembangunan bandar ini sedang disiapkan ekonomi di China merudum dan terpaksa memberhentikan projek.

4. Pripyat, Ukraine

Terletak di utara Ukraine, Pripyat bandar terbuang akibat kemusnahan kilang kuasa nuklear Chernobyl. Kesemua penduduk bandar tersebut dipindahkan selepas sehari bencana tersebut pada 27 April 1986.

Dikatakan pada tahun 2015 tapak nuklear tersebut bakal bersih tapi sehingga kini bandar terbiar itu hanya dihantui dengan memori-memori lama..

5. Pulau Hashima, Jepun

Pulau industri yang dibina pada 1887 dibawah pengusaha lombong arang menyimpan pelbagai kisah hitam sejarah buruh paksa.

Namun semasa Perang Dunia Kedua, tahanan perang dipaksa bekerja sebagai pelombong sehingga 1,300 orang mati akibat kemalangan, kepenatan dan kekurangan nutrisi. Tahun 1960 pulau ini ditutup akibat kemerosotan industri arang yang diganti dengan petrol.

Pulau Hashima dibuka pada pelancong pada April 2009 dan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada Julai 2015.

6. Namie, Jepun

Nasib bandar Namie sama seperti Pripyat, pada Mac 2011 wilayah Tohuku dilanda gempa bumi dan tsunami yang menyebabkan kilang kuasa nuklear berhampiran musnah dan mengeluarkan radiasi berbahaya.

Populasi bandar Namie sehingga Oktober 2016, sifar. Sehingga kini kerja pembersihan radiasi giat dijalankan.

Sumber

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here