Kedah Tolak Tajaan RM30 Juta Aliff Syukri

24207
0
SHARE

Menurut laporan Harian Metro hari ini, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah menolak tajaan berjumlah RM30 juta daripada syarikat D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd atas sebab tertentu.

Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata, setakat ini pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara berkenaan dan berdasarkan perbincangan terakhir pada 27 April lalu, Jawatankuasa Pengurusan KFA mengambil keputusan untuk tidak menerima tajaan syarikat kosmetik berkenaan.

Advertisement

“Kita sudah meneliti terma dan syarat berkenaan untuk tidak menerima dengan konklusif dan muktamad tajaan berkenaan. KFA mengucapkan terima kasih kepada D’Herbs atas kesudian untuk memberi tajaan berkenaan, selain berusaha mahu meningkatkan imej Helang Merah”

“Saya berharap kedua-dua pihak berkaitan tidak membuat komen lanjut berhubung isu (penolakan) tajaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here