Ketahui Perkara Yang Dilarang untuk Diperkatakan Di Dalam Perhubungan

1169
0
SHARE

Dalam perhubungan pasti ada perkara yang perlu dielakkan untuk mengelakkan pergaduhan ataupun perpisahan.

Saling memahami dan tolak ansur merupakan perkara utama untuk melayari perhubungan yang bahagia.

Advertisement

Namun, pasti ramai yang tidak tahu perkara yang dilarang untuk diperkatakan dalam setiap perhubungan.

Ugut Untuk Tinggalkan

Ini adalah perkara yang anda patut elakkan dalam perhubungan. Melainkan anda sudah tiada di dunia ini. Mengugut untuk meninggalkan pasangan anda adalah pekara yang akan membuatkan anda menyesal. Jika kekasih anda tinggalkan anda sebab ugutan anda nanti macam mana? Menangis air mata darah pun tak guna!

Nama Panggilan yang Menyakitkan

Memanggil perkataan pasangan anda seperti , ” Bitch ” atau ” asshole , ” tidak akan membantu apa-apa keadaan . Ia hanya akan membuat anda hilang orang yang anda sayangi dan juga hilang hormat antara satu sama lain.

Cakap buruk Mengenai Keluarganya

Pasti anda tidak suka jika ada sesiapa yang bercakap buruk mengenai keluarga anda. Tidak kira betapa teruknya keluarga pasangan anda menyakiti anda, anda haruslah bersabar. Berhati-hati dengan apa yang anda ucapkan. Takut tersilap cakap, buruk padahnya nanti.

Tidak boleh buat itu, buat ini

Janganlah sesekali anda kawal perhubungan dengan melarang pasangan anda untuk membuat sesuatu perkara. Kita bukan ibu bapa mereka untuk mengarah mereka. Pasti pasangan anda tidak suka dengan situasi tersebut dan terpaksa membuat pilihan. Anda suka ke bila ada orang mengatakan anda ni suka mengawal pasangan. Bagaimana jika terkena pada batang hidung anda sendiri? Pasti anda tidak suka!

“Relax” atau “Anda terlalu Sensitif”

Beritahu pasangan anda untuk relax jika mereka sedih, sama seperti meminta mereka untuk 10 kali lebih sedih. Apabila anda berkata ” You ni terlalu besarkan benda yang tak ada apa-apa,” itu hanya menampakkan anda tidak peduli dengan perasaan pasangan anda. Jadi, cuba fahami perasaan mereka terlebih dahulu.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here