Khatam Satu Juzuk Quran, Dapat Dua Liter Minyak Secara Percuma!

272
1
SHARE

Umat Islam di Indonesia yang khatam satu juzuk al-Quran sempena bulan Ramadan ini akan mendapat hadiah dua liter minyak percuma oleh syarikat pengeluar minyak negara PT Pertamina.

Menurut laporan Bernama, program tersebut bertujuan untuk memeriahkan suasana Ramadan dan sebagai satu daripada aktiviti keagamaan anjuran syarikat berkenaan.

Advertisement

Katanya, program mengkhatam al-Quran itu diadakan di beberapa buah stesen minyak di seluruh negara termasuk di ibu kota Jakarta.

Peserta diwajibkan mendaftar terlebih dahulu di surau stesen minyak setempat dan kemudiannya mengisi data peribadi dalam borang pendaftaran serta jumlah juz al-Quran yang akan dibaca.

Sesudah membaca satu juz al-Quran, peserta akan diberikan kupon pengisian minyak sebanyak dua liter.

Setiap orang hanya boleh menyertai sekali sahaja di sebuah stesen minyak pada hari yang sama.

Bagus juga aktiviti macam ni. Ia sekaligus mendorong muslimin memanfaatkan bulan Ramadan dengan membaca Al Quran.

P/S: Bila agaknya nak buat aktiviti macam ni di Malaysia? Bila pula kali terakhir anda membaca Quran?

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here