Buletin

KL118 Bangunan Tertinggi Malaysia Menggantikan KLCC

Dalam masa 2 tahun akan datang, KLCC bukan lagi bangunan tertinggi di Malaysia kerana menaru baru yang diberi nama KL118 dijangka siap dibina menjelang tahun 2020.

KL118 yang juga dipanggil Merdeka PNB 118 atau nama asalnya, Warisan Merdeka merupakan sebuah bangunan pencakar langit terbaru dengan 118 tingkat dan berketinggian 682 meter (2238 kaki). Ini sekaligus mengalahkan KLCC yang berketinggian 451.9 meter dan mempunyai 88 tingkat.

KL118 dimiliki dan dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku ketua projek pembangunan megastruktur tempatan yang menelan belanja kira-kira RM5 bilion.

KL118 bakal mempunyai 100 tingkat yang ditawarkan untuk sewaan yang terdiri dari 80 tingkat kawasan pejabat, 12 tingkat bilik hotel, 5 tingkat penginapan hotel dan pusat perniagaan runcit. Manakala kawasan lain termasuk lif, kemudahan rekreasi dan penyelenggaraan serta kawasan parkir yang mampu menampung sehingga 5000 buah kereta.

Sumber: Iluminasi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top