Kosmetik Merkuri, 8 Kesan Buruk Ini Akan Terjadi Pada Kulit Anda!

19653
1
SHARE

Baru-baru ini kecoh dengan isu kosmetik yang mengandungi merkuri.

Bukan itu sahaja, Kementerian Kesihatan Malaysia juga baru-baru ini telah mengeluarkan senarai 50 produk kosmetik beracun yang telah diharamkan.

Advertisement

Jangan ambil remeh tentang produk kosmetik bermerkuri dan beracun. Apa yang pasti, ia beri kesan buruk pada kulit anda!

1. Memperlambatkan pertumbuhan janin & akibatkan keguguran

Jangan ambil mudah. Kosmetik yang mengandungi Merkuri mampu menyebabkan kematian janin dan mandul.

2. Flek hitam akan timbul & akan menjadi parah

Merkuri akan beri kesan flek hitam pada kulit dan apabila pemakaian dihentikan, flek hitam tersebut akan timbul dan mungkin akan bertambah parah.

3. Kulit akan jadi gelap & kusam

Memang pada mulanya kulit akan menjadi putih, tapi apabila pemakaian kosmetik bermekuri dihentikan, kulit akan menjadi gelap dan kusam.

IMG_2451
Gambar hiasan

4. Kalit pada awalnya bersih akan menjadi kelabu

Kesan merkuri pada kulit memang akan memberikan kesan yang terbaik seperti kulit menjadi bersih. Tapi lama-kelamaan kulit aka berubah menjadi kelabu dan kehitaman.

5. Mengakibatkan kanser kulit

Apa yang pasti ia akan beri kesan buruk pada kulit dan akibatkan kanser kulit. Paling teruk ia merosakkan buah pinggang.

6. Kulit akan jadi kemerahan apabila terkena matahari

Walaupun mampu berikan kesan menakjubkan pada kulit, tetapi pemakaian awal kosmetik bermerkuri akan menyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena sinaran matahari.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

7. Jerawat tidak muncul kerana kulit rosak

Kosmetik bermerkuri buatkan kulit bebas dari jerawat. Tapi ia disebabkan oleh lapisan kulit epidemis telah rosak, tidak mengandungi protein dan melanin kulit tidak berfungsi lagi.

8. Pori-pori mengecil kerana kulit wajah jadi napis

Kosmetik bermerkuri akan buatkan pori-pori wajah mengecil dan halus. Tapi ia disebabkan oleh lapisan kulit wajah telah nipis. Lebih parah kulit rasa terbakar apabila terdedah sinaran matahari.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here