Lebih 1 Bilion Pengguna, Akses Akaun Facebook Dalam Sehari

122
2
SHARE

Untuk pertama kalinya dalam sejarah, lebih satu bilion manusia telah berinteraksi menggunakan Facebook dalam masa sehari, demikian kata pengasasnya Mark Zuckerberg.

Angka bersejarah itu katanya dicatatkan pada Isnin lalu dengan seorang daripada setiap tujuh orang di muka bumi menggunakan Facebook.

Facebook mempunyai 1.5 bilion pengguna yang mendaftar masuk sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan tetapi pada Isnin lalu ia mencecah angka satu bilion dalam masa sehari.

Mark Zuckerberg

Facebook mencecah 1 bilion pengguna pada Oktober 2012.

Laman sosial Facebook dicipta dan diasaskan oleh Zuckerberg pada 2004 ketika beliau masih lagi menjadi pelajar Universiti Harvard.

Zuckerberg pada Khamis meramalkan jumlah pengguna Facebook akan terus meningkat pada masa akan datang.

Pada Julai lalu, Facebook mendakwa separuh daripada pengguna online di dunia sekurang-kurangnya akan sekali melayari laman Facebook dalam sebulan.

The Rakyat Post

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here