Lembu di India Diwajibkan Miliki Kad Pengenalan

339
0
SHARE

Jika selama ini hanya manusia yang memiliki kad pengenalan, lembu dan kerbau di India diwajibkan mempunyai kad pengenalan diri.

Idea tersebut adalah daripada Perdana Menteri, Narendra Modi yang inginkan 88 juta ekor lembu dan kerbau di seluruh India memiliki 12 digit angka pengenalan diri menjelang akhir 2017.

Kad identiti binatang ternak itu akan dipegang oleh setiap pemilik. Dokumen rasmi tersebut boleh diguna untuk menjejak semua kegiatan haiwan berkenaan.

Bukan setakat itu, kitaran perkahwinan dan waktu kelahiran anak juga dapat dipantau.

Tujuannya agar pendekatan secara saintifik mampu diterapkan demi mendapatkan baka terbaik dan peningkatan kualiti pengeluaran susu.

SUMBER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here