Mee Goreng RM1? Menu Gerai Kak Murni, Masih Kekalkan Harga RM1

789
1
SHARE

Walaupun ramai peniaga sedang sibuk menaikkan harga barang, lebih-lebih lagi pemilik kedai makan, namun masih ada lagi peniaga yang bertimbang rasa dengan mengekalkan harga asal makanan yang dijual.

Pasti ramai yang terkejut, bila dapat tahu harga untuk mee goreng, boleh didapati dengan harga RM1 sahaja.

Advertisement

Gerai yang kami maksudkan ialah Gerai Kak Murni yang terletak di Kampung Sungai Buaya, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Gerai ini sudah 10 tahun beroperasi, namun harga makanan yang dijual masih kekal RM1 dan seringmenjadi tumpuan terutama bagi mereka mahu menikmati makanan berkualiti pada harga murah.

Bukan sahaja mee goreng, menu utama seperti laksa, bihun dan ais batu campur (ABC) dihidangkan pada harga RM1.

Menurut pemiliknya Murniza Md Isa, 35, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Murni, dia tidak bercadang untuk menaikkan harga, walaupun ada di antara bahan mentah terpaksa dibeli dengan harga yang lebih mahal selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan 1 April lalu.

Memang sangat murah dan berpatutan!

Kak Murni berkata, walaupun dijual pada harga RM1, dia amat mementingkan kepuasan pelanggan dan juga kualiti makanan yang dihidangkan.

“Apa yang penting bagi saya adalah kepuasan pelanggan dengan memastikan laksa dan makanan lain yang dijual kekal lazat seperti sebelum ini,” ujarnya seperti dipetik daripada Harian Metro.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here