Minum Smoothie Boleh Buat Anda Langsing? Jom Cuba Resepi Mudah Fruity Smoothie!

1170
0
SHARE

Wah, minum Smoothie mampu membuatkan perut anda langsing? Yeke ni?

Memang betul! Ini kerana Smoothie yang diperbuat daripada perisa asli buah-buahan, mampu memberikan kesan yang baik disamping melangsingkan perut anda.

Malunya, kalau ada kawan-kawan tegur ada ‘baby bump’ walaupun  belum berkahwin lagi.

Sekarang ni, wanita di luar sana tidak menjaga pemakanan dan terjadinya perut buncit. Jadi, dengan mengamalkan smoothie dari buah-buahan, tiada lagi perut buncit.

Bukan hanya mampu membuatkan perut tampak kempis, malah tubuh akan lebih ramping dan menawan.

Sekaligus tubuh mendapat lebih banyak khasiat daripada vitamin yang ada pada buah-buahan.

Resipi smoothie  mudah dan cepat ini sesuai untuk diambil ketika sarapan pagi, makan tengahari dan di kala anda bersantai.

Smoothie Mentega Kacang dan Pisang

DSC01224mbBahan-bahan:

½ cawan susu tanpa lemak tambahan
½ cawan yogurt tanpa lemak tambahan
2 sudu mentega kacang
¼ dari sebiji pisang
4 ketul kiub ais

Cara penyediaan:

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan proses sehingga menjadi milky dan sebati. Hidang sejuk.

Smoothie Mangga

mango-smoothie-1-of-1-850x636

Bahan-bahan:

¼ cawan buah mangga dipotong kiub
¼ cawan buah avokado ditumbuk
½ cawan jus mangga
¼ cawan yogurt vanilla tanpa lemak tambahan
1 sudu perahan limau kasturi
1 sudu gula
6 ketul kiub ais

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut dan sebati. Hidang bersama sepotong buah mangga atau sebiji strawberi untuk lebih enak.

Smoothie Epal

1306-apple-nut-smoothie

Bahan-bahan:

½ cawan susu soya
¾ cawan yogurt perisa vanila
1 sudu rempah epal pai
1 biji buah epal dipotong dadu dan dibuang kulit
2 sudu mentega gajus
Kiub Ais

Cara penyediaan:

Kisar semua bahan-bahan dalam mesin pengisar selama satu minit. Hidang ke dalam gelas bersama sudu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here