Buletin

Modal RM124 Kini Mampu Jana RM3 juta Setahun

Bermula dengan modal sebanyak RM124, gadis berusia 24 tahun, Noorain Mohd Said kini bergelar jutawan muda.

Dalam masa setahun, pelajar Universiti Malaya ini mampu menjana pendapatan sebanyak RM3.4 juta setahun dengan menjual produk penjagaan diri yang diberi nama ‘Norah’.

Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2012, jenamanya kini dikenali Malaysia.

Majoriti pelanggannya adalah pelajar universiti. Kebanyakan dari mereka kini menjadi pengedar produknya.

Noorain, yang berada di tahun akhir Sarjana Muda dalam Pendidikan, pengkhususan dalam bidang kimia dan fizik, berkata dia tidak sangka produk waxing tersebut mempunyai potensi besar dalam pasaran.

“Idea itu datang apabila saya menyedari industri kecantikan tidak mempunyai produk penjagaan kulit untuk waxing.

“Saya mahu melakukan sesuatu mengenainya, jadi saya mula menyelidik tentang wax dan saya bernasib baik kerana mempunyai pensyarah yang membantu saya,” katanya seperti dipetik daripada NST.

Jenamanya kini mendapat permintaan di negara-negara lain seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina dan juga Amerika Syarikat.

Sumber: NST

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top