Muhyiddin Digugurkan, Hashtag #najibletakjawatan banjiri FB Najib

17046
0
SHARE

Hashtag #najibletakjawatan membanjiri bahagian komen di laman rasmi Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak semalam.

Hashtag itu memenuhi hampir keseluruhan status yang dimuat naik Najib dalam lamannya oleh netizen sejak semalam.

Advertisement

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa komen yang ditinggalkan oleh pelayar yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

#WeSupportYouNajibRazak tulis pemilik Facebook, Tuan Muhamad Izham.

image

Semalam, Najib memutuskan barisan Kabinet baharunya dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala jawatannya sebagai Menteri Pendidikan digalas oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurut Najib, keputusan tersebut dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14 (PRU14).

Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here