Nak Badan Langsing Seperti Gadis Korea? Amalkan Makan Kimchi!

3665
0
SHARE

Kalau kita tengok selebriti Korea, pasti ramai yang menggigit jari dengan kecantikan mereka.

Bukan itu sahaja, lihat sahaja badan mereka yang langsing. Rasanya di Korea sukar untuk kita temui wanita yang berbadan gemuk.

Advertisement

Apa rahsia mereka kekal langsing? Pasti ramai yang tahu makanan Korea yang paling popular iaitu Kimchi. Itu lah rahsia gadis-gadis Korea sentiasa kekal langsing.

After School Tenasia Interview 2013 Group (2)

Dipetik daripada foxnews.com, kimchi terbuat dari sawi putih atau sayur-sayuran segar yang lain, kemudian diperam dengan rempah-rempah khas Korea. Rempah-rempah tersebut terdiri daripada halia, bawang putih, saeujot (sos dari udang), dan aekjeot (sos dari ikan).

Kimchi yang diperbuat daripada sayur-sayuran ini mempunyai kadar serat makanan yang tinggi.

kimchi

Selain itu kimchi kaya dengan kandungan vitamin A, tiamin (B1), riboflavin (B2), vitamin C, kalsium, dan zat besi.

Kimchi juga mengandungi bakteria baik iaitu Lactobacillus kimchi yang bermanfaat untuk kesihatan pencernaan, meningkatkan sistem metabolisme tubuh, serta membantu menurunkan berat badan.

Kebanyakan orang Korea mengambil kimchi sebagai hidangan pembuka untuk membangkitkan nafsu makan mereka. Bukan sahaja sedap, tetapi baik untuk kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here