Nak Kurus Punya Pasal, Sanggup Dibakar Dengan Api

770
1
SHARE

Seorang budak obes seberat 143 kilogram ‘dibakar’ dalam usaha untuk mengurangkan berat badannya.

Menurut laporan Harian Metro, Li Hang, 11, menjalani rawatan perubatan tradisional Cina selepas beratnya naik mendadak kerana menghidap penyakit ganjil sejak berusia tiga tahun.

Advertisement

Rawatan yang dijalaninya, termasuk bekam ‘api’, terapi api yang dikenali sebagai ‘hua liao’ dan akupunktur.

3abf2b6700000578-3971748-image-a-63_1480088065884

Beberapa gambar rawatan berkenaan menunjukkan budak itu menjerit ketakutan ketika doktor menyalakan api pada tuala di atas perutnya.

Li Hang menjalani rawatan berkenaan di Hospital Changchun Kangda di bandar raya Changchun, Jilin, wilayah timur laut China.

3abf2b4300000578-3971748-image-a-71_1480088104453 3abf2c1f00000578-3971748-image-a-64_1480088074574

Li Hang juga turut menghidap lebih daripada 10 penyakit berkaitan obesiti termasuk tekanan darah tinggi, penyakit hari dan gout.

Dia sudah mencuba pelbagai cara untuk kurangkan berat badan termasuk bersenam, namun semua percubaannya gagal.

Sebelum ini juga dia sudah menjalani pembedahan pintasan gastrik, namun berat badannya hanya turun sebanyak 22 kilo sahaja dan naik semula 23 kilo.

3abf2bb700000578-3971748-image-a-68_1480088095459

Rawatan ‘api’ tersebut paling memberi kesan pada dirinya. Menurut laporan, Li Hang turun 34 kilo sejak menjalani rawatan perubatan Cina tradisional dua bulan lalu.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here