Nenek Pulangkan Semula Bayi, Tak Boleh Terima Cucu Hodoh

897
0
SHARE

Tidak gembira dengan kelahiran cucunya, seorang nenek di Santa Marta, Columbia sanggup kembali semula ke klinik dan mendakwa pihak klinik telah menukar cucunya dengan bayi yang lain.

Nenek ini tak mahu menerima cucunya kerana berpendapat bayi tersebut hodoh untuk menjadi ahli keluarganya.

Advertisement

Dia menuntut supaya bayi itu ditukar semula sedangkan tiada bayi lelaki lain dilahirkan di klinik berkenaan pada hari tersebut.

“Dia tidak dapat menerima bayi berkenan sebagai ahli keluarga baru dan membuat keputusan untuk kembali semula ke klinik bersama bayi dan ibu bayi berkenaan untuk mengembalikannya semula,” kata Setiausaha Kesihatan majlis perbandaran Santa Marta, Carlos Pallares.

Bagaimanapun didapati nenek tersebut sedang menjalani rawatan psikologi dan meminta orang ramai tak cepat menjatuhkan hukuman terhadapnya.

SUMBER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here