Pasangan Anda Kaki Kontrol? Kenali Sikap Si Kaki Kontrol!

1025
0
SHARE

Tentu bosan jika anda mempunyai pasangan yang kaki kontrol? Apa sahaja yang kita lakukan sentiasa menjadi tumpuan matanya.

Dengan siapa kita berkawan, ke mana kita pergi dan apa yang kita lakukan perlu mengikut pengawasan darinya tanpa kompromi.

Advertisement

Jika kita mengatakan mereka ni kaki kontrol, pantas sekali menidakkannya. Alasannya atas dasar sayang dan mengambil berat.

Anda sebenarnya boleh mengenali adakah tindakannya itu atas dasar sayang atau si dia ingin kontrol diri anda.

1. Selalu ingin tahu

640-couple-fight-iStockphoto-630x419

Jika si dia jenis kaki kontrol, maka segala aktiviti yang ingin anda lakukan perlu dimaklumkan kepadanya. Meskipun memberi kebenaran, masa seharian anda diisi hanya untuk membalas SMS atau WhatsApp dengannya. Jika ini berlaku, maka tepatlah si dia itu ingin kontrol diri anda.


2. Cemburu buta

Couple_disagreeing

Si dia boleh menjadi pemarah tiba-tiba jika melihat anda bercakap dengan rakan-rakan lelaki. Malah si dia akan memantau siapa teman sosial anda misalnya di Facebook. Tidak mustahil si dia akan melemparkan kata-kata kurang senang terhadap rakan-rakan lelaku anda tersebut.


3. Keras kepala

couple-fighting-in-kitchen

Lelaki atau wanita yang tergolong dalam kategori ini biasanya sukar untuk diajak berbincang kerana sikap keras kepalanya itu. Padanya hanya dirinya yang betul. Si dia pantang dikritik dan emosinya cenderung tidak stabil. Ketika sedang marah, si dia sukar untuk memberi ruang kepada anda untuk menerangkan perkara sebenar.


4. Telefon anda adalah telefonnya

FacebookPlaces

Tiada ruang peribadi untuk diri anda kerana telefon bimbit anda juga sering dipantaunya. Si dia seolah-olah menganggap telefon anda juga telefon miliknya. Jadi dia bebas untuk melihat isi kandungan yang terdapat didalamnya. Tetapi jika telefonnya, hangan haraplah anda dapat tengok.


5. Sering mengkritik anda

FightingCouple-850x400

Lelaki yang suka kontrol cenderung untuk merendahkan orang lain. Si dia menjadi seorang pengkritik yang hebat. Sikap yang kurang menyenangkan ini sebenarnya bertujuan inign menunjukkan kekuasaannya terhadap diri anda.


6. Patuh pada pendapatnya

couple-fight_main

Oleh sebab dia menganggap dirinya sempurna, maka dia seolah-olah lebih tahu apa yang terbaik untuk anda. Segala penda patnya harus dipatuhi. Jika tidak, pasti akan gaduh besar.


7. Membenci sahabat anda

Lonely male student posing while his classmates are talking

Jika anda jenis yang suka keluar bersama sahabat-sahabat anda, maka bersiap sedialah untuk mendengar bebelannya. Baginya masa anda hanyalah untuk bersama dengannya. Tidak mustahil jika dia menganggap sahabat anda merupakan persaingan buat dirinya untuk merebut anda.


8. Perhatian berlebihan

Stressed-Couple

Setiap pagi si dia akan ucapkan selamat pagi, tengah hari, petang sehinggalah membawa ke malam. Dia ingin tahu keadaan anda, apa yang anda sedang lakukan dan sebagainya. Memang seolah-olah si dia sangat mengambil berat, tetapi ia adalah satu perhatian yang sangat berlebihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here