Pasar Ramadan Kurangkan Pahala Isteri Memasak – Pendakwah bebas

640
0
SHARE

Kewujudan pasar Ramadan hampir di setiap kawasan menjadi salah satu faktor pengurangan pahala isteri yang memasak hidangan berbuka puasa bersama keluarga.

Bagaimana tidak, pendakwah bebas Datuk Md Daud Che Ngah berkata, peluang isteri yang mahu mencari pahala lebih kerana menyediakan makanan berbuka akhirnya terbantut akibat pembelian lauk dan kuih dari pasar Ramadan.

Advertisement

10a0

“Matlamat puasa rakyat malaysia tidak tercapai sangat sebenarnya. Apa yang seharus dilakukan tidak diikut, Nabi Muhammad dahulu berbuka dengan tamar, kalau tidak dia meneguk air dan kemudian bersembahyang.

“Kalau kita tengok di negara ini, kita harus tanya kenapa perlu ada pasar Ramadan? Apakah kita semakin jauh dari amalan yang dilakukan nabi, ia seperti menjauhi sunnah yang harus diikuti.

o-RAMADAN-facebook

“Pembaziran pasti akan berlaku, lauk pauk dan kuih pasti akan berlebihan. Isteri yang hendak mengecap sedikit pahala semasa menyediakan masakan anak-anak dan orang berpuasa juga dilihat tidak mencapai matlamatnya,” katanya

Tambahnya lagi, mengenai isu pembaziran makanan kira-kira 9 juta bilion akan terus belaku jika satu keluarga terus mengamalkan membeli juadah berbuka di pasar Ramadhan.

dsc_0452

“Suami ke pasar Ramadan beli macam-macam, isteri di rumah juga masak, itu tidak dicampur anak-anak yang membeli belah juadah berbuka.

“Apabila sampai ke rumah, dihidang dan tidak habis selepas waktu berbuka. Jadi ia hanya membazir sekali gus semua yang terlibat menjadi kawan syaitan,” jelasnya.

Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here