Perancis Jatuhkan Hukuman Penjara Dan Denda, Model Bertubuh Kurus Kering

1940
0
SHARE

Sebelum ini perlaksanaan hukuman ini sudah pun dilakukan di Israel, Itali dan Sepanyol.

Baru-baru ini, giliran negara Perancis pula yang akan melakukan perlaksaan hukuman denda dan penjara terhadap model yang didapati memiliki tubuh badan yang terlalu kurus kering.

Advertisement

Perlaksanaan tersebut sudahpun dibahaskan di Parlimen Perancis dan semua agensi termasuk pengeluar pakaian dan pereka fesyen tidak dibenarkan untuk menggunakan peragawati yang berbadan sangat kurus.

Menurut draf undang-undang tersebut, semua model termasuk warga asing yang berhasrat untuk menjadi peragawati di Perancis akan dinilai terlebih dahulu supaya mengikut standard kesihatan yang telah ditetapkan.

Model juga perlu menunjukkan sijil pentauliahan kesihatan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Perancis iaitu memiliki indeks jisim tubuh atau body mass index (BMI) minimum 18.

Kemudian, mereka diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan berat badan secara jadual berkala oleh doktor bertauliah. Jika berdegil dan masih kurus kering untuk menjadi seorang model, mereka boleh didakwa di mahkamah tempatan.

Jika disabit kesalahan, peragawati berkenaan yang terbukti kekurangan berat badan boleh dikenakan hukuman denda sehingga 75,000 euro atau RM298,544 atau penjara dalam tempoh tertentu sebagai pengajaran kepada model-model lain.

Memang ini hal yang serius kerana ianya memberikan kesan negatif kepada wanita lain yang cuba untuk memiliki badan seperti model yang kurus kering.

Lebih parah ada wanita yang mengamalkan diet yang tidak masuk akal sehingga memudaratkan kesihatan dan membahayakan nyawa.

magermodel-isabelle-caro

Salah satu contoh diet ekstrem yang dilakukan oleh model Isabelle Caro, yang memiliki berat badan hanya 33 kilogram, akhirnya meninggal dunia pada usia 30 tahun, akibat menderita penyakit anorexia nervosa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here