Perkhidmatan MRT Fasa Pertama Percuma Sehingga 16 Januari

1182
1
SHARE

Fasa Pertama MRT laluan Sungai Buloh-Kajang akan dibuka kepada orang ramai mulai esok.

Menurut laporan Astro Awani, Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya petang tadi berkata, pojek MRT itu merupakan satu pencapaian bukan sahaja kepada sistem pengangkutan sedia ada malah sebagai satu batu loncatan kepada kemajuan negara.

Advertisement

Perdana Menteri juga turut mengumumkan tambang dan perkhidmatan bas perantara percuma selama sebulan bermula esok sehingga 16 Januari 2017 bagi fasa pertama MRT.

Ia sebagai hadiah kepada rakyat sempena Tahun Baharu.

“Sebagai hadiah kepada rakyat bagi Tahun Baharu serta memberi peluang kepada rakyat untuk mencuba kemudahan pengangkutan awam yang baharu, moden dan efisien, saya mengumumkan bahawa Rapid Rail akan memberi perkhidmatan MRT percuma selama sebulan mulai esok sehingga 16 Januari ini.

Ia termasuk perkhidmatan bas pengantara dan tambang hanya akan dikenakan bermula 17 Januari ini.

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM21 bilion untuk projek besar tersebut.

Perkhidmatan bagi fasa pertama akan bermula pada pukul 6 pagi esok, membabitkan 12 stesen di antara Sungai Buloh dan Semantan.

Inisiatif ini memberi pengguna pilihan, sama ada menggunakan bas pengantara untuk ke stesen MRT dan seterusnya destinasi akhir di dalam bandar, atau memandu kenderaan persendirian dan menggunakan kemudahan Park-And-Ride yang disediakan di beberapa stesen MRT terpilih.

Stesen terbabit adalah Sungai Buloh; Kampung Selamat; Kwasa Damansara; Kwasa Sentral; Kota Damansara; Surian; Mutiara Damansara; Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; Phileo Damansara; Pusat Bandar Damansara and Semantan merangkumi jarak 21 kilometer.

Bagi Fasa 1 MRT Laluan SBK, sebanyak 112 bas pengantara turut disediakan di stesen-stesen dengan laluannya termasuk kawasan tumpuan dan kawasan perumahan.

Sementara fasa kedua sejauh 30 kilometer membabitkan 19 stesen dari Semantan ke Kajang dijangka beroperasi sepenuhnya bermula 31 Julai 2017.

SUMBER

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here