Pesawat Terpaksa Berpatah Balik Kerana Penumpang Mahu Beryoga!

784
0
SHARE

Lepas ni syarikat penerbangan kena tapis penumpang kot supaya tak mendatangkan masalah dan menyusahkan orang lain.

Baru-baru ini, pesawat dalam penerbangan ke Jepun terpaksa berpatah balik ke Hawaii apabila seorang penumpang Korea Selatan bertindak ganas tidak mahu duduk di kerusinya kerana mahu melakukan yoga.

Advertisement

Juruterbang United Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita berpatah balik selepas mendengar Hyongtae Pae menjerit ke arah kru dan menolak isterinya.

Pae memberitahu FBI, dia tidak mahu duduk di kerusinya ketika hidangan disediakan dan kembali ke bahagian belakang pesawat untuk melakukan yoga dan meditasi.

Keadaan dalam pesawat United Airlines jadi kecoh kerana lelaki tersebut mahu melakukan yoga.
Keadaan dalam pesawat United Airlines jadi kecoh kerana lelaki tersebut mahu melakukan yoga.

Tiba-tiba dia menjadi marah apabila isteri dan pembantu penerbangan memberitahu supaya kembali ke kerusinya.

“Pae menolak isterinya kerana wanita itu cuba menghentikannya. Beliau berasa isterinya menyebelahi kru penerbangan,” menurut dokumen aduan.

Lelaki tersebut bertindak ganas apabila cuba menghantukkan kepala dan menggigit anggota marin yang cuba menghalangnya dari melakukan sedemikian.

Menurut aduan, Pae mengancam membunuh penumpang dan menjerit ‘Tuhan tiada.’ – AP

Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here