Rakyat Ukraine Perlu Bekerja Selama 627 Jam Untuk Miliki iPhone!

227
3
SHARE

Ada di antara mereka yang bertuah mampu memiliki iPhone tanpa perlu bekerja. Tapi bagaimana pula bagi mereka yang perlu bekerja berbulan-bulan barulah dapat memiliki iPhone?

Menurut CNN, kajian mendapati, mereka yang menetap di New York perlu berkerja selama 3 hari jika ingin memiliki iPhone 6 yang baru, manakala, penduduk Beijing perlu menghabiskan masa 27 hari.

Kajian ini berdasarkan indeks gaji dan harga di 71 bandar-bandar global oleh bank Switzerland UBS (UBS).

CUPERTINO, United States - Photo shows the iPhone 6 (L) and iPhone 6 Plus with screen sizes of 4.7 inches (about 12 centimeters) and 5.5 inches, respectively, unveiled by Apple Inc. on Sept. 9, 2014, in Cupertino, California. The new smartphones will be able to facilitate the company's new mobile payment system called Apple Pay. They will go on sale in 10 regions, including Japan, Hong Kong and Singapore on Sept. 19. (Kyodo)

Di Kiev, Ukraine, penduduk disana perlu bekerja selama 627.2 jam iaitu selama 78 hari jika ingin memiliki iPhone.

Manakala, penduduk paling kaya iaitu di Zurich, mereka perlu bekerja kurang dari 21 jam sahaja untuk membeli iPhone.

Penduduk di London juga perlu bekerja keras lebih sedikit iaitu selama 41 jam, manakala pekerja di Mexico City perlu bekerja lebih dari 200 jam.

hk-apple-iphone-6

Rakyat Jakarta juga perlu bekerja keras sehingga 468 jam iaitu 59 hari untuk memiliki gajet terkenal itu.

Senarai jam kerja yang diperlukan untuk membeli iPhone 6 (16GB) di setiap bandar-bandar global, berdasarkan UBS:

  • Athens – 98.2 jam

  • Bangkok – 149.6 jam

  • Beijing – 217.8 jam

  • Chicago – 28.4 jam

  • Geneva – 21.6 jam

  • Hong Kong – 51.9 jam

  • Jakarta – 468 jam

  • Kiev – 627.2 jam

  • London – 41.2 jam

  • Los Angeles – 27.2 jam

  • Mexico City – 217.6 jam

  • Miami – 27 jam

  • Moscow – 158.3 jam

  • Nairobi – 468 jam

  • New Delhi – 360.3 jam

  • New York City – 24 jam

  • Paris – 42.2 jam

  • Rio de Janeiro – 139.9 jam

  • Rome – 53.7 jam

  • Shanghai – 163.8 jam

  • Sydney – 34 jam

  • Tel Aviv – 75.3 jam

  • Tokyo – 40.5 jam

  • Toronto – 37.2 jam

  • Zurich – 20.6 jam

Kajian oleh UBS ini adalah berdasarkan penelitian yang dilakukan pada bulan Mac dan April 2015.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here