Ramai Tinggalkan Running Man, Kang Gary Tutup Instagram

27566
1
SHARE

Bekas ahli Running Man, Kang Gary memadam kesemua foto dan menutup laman Instagramnya selepas Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook membuat keputusan untuk meninggalkan rancangan popular tersebut.

Menurut laporan Koreaboo, selepas beberapa jam berita tersebut, Gary memadam kesemua gambar di Instagramnya @kang_gary8888. Sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan dari pihak agensinya punca Gary melakukan sedemikian.

Advertisement

Namun, ada yang mendakwa tindakan Gary itu berkait rapat dengan berita tersebut.

Sumber terbaru mendakwa, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook sebenarnya ditendang keluar dari Running Man tanpa diberi notis terlebih dahulu dan bukannya mereka sendiri yang meninggalkan rancangan tersebut.

Song Ji Hyo memberitahu, dia mendapat tahu bahawa dia disingkir keluar dari Running Man selepas berita tersebut heboh diperkatakan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here