Rambang mata lihat semua perabot? Cara untuk jimat berbelanja di Ikea!

997
0
SHARE

Jika anda pernah menghabiskan masa di Ikea, anda mungkin tahu harga perabot mereka yang murah, bebola daging mereka, dan juga lukisan cetakan dari Sweden yang cantik!

Mesti anda rambang mata melihat kesemua perabot yang ditawarkan disana. Tapi takkan anda nak beli kesemuanya. Jom semak panduan yang berguna ini untuk cara jimat berbelanja di Ikea!

DAFTAR KELAB IKEA

Utilize-Ikea-Moving-Program-Get-25-Free

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Kelab Ikea ini. Anda akan menerima diskaun apabila mendaftar untuk kelab ini. Lebih menarik, jika anda membeli perabot, anda akan menerima diskaun yang sangat berpatutan.

TIDAK PERLU MEMBAYAR UNTUK BAHAGIAN TAMBAHAN

Never-Pay-Extra-Parts

Jika terdapat bahagian perabot Ikea yang hilang atau tidak cukup, mereka akan menggantikan secara percuma. Anda hanya perlu memberitahu nombor bahagian tersebut dan mereka akan memberikan penggantian kepada anda.

PERGI KE BAHAGIAN ‘AS-IS’ UNTUK BARANGAN MURAH

Head---Section-First-Discounted-Items

Apabila sampai di Ikea, pastikan anda ke seksyen ‘As-Is’ untuk barangan yang murah. Selalunya barangan yang dijual mempunyai sedikit kerosakan atau pun display items. Jadi, harganya dua kali ganda lebih murah dan sudah siap dipasang. Jadi anda tidak perlu buang masa untuk memasang barang tersebut.

SERTAI IKEA FAMILY

Join-Ikea-Family-Snag-Special-Discounts

Dengan menyertai Ikea Family, banyak tawaran yang anda boleh nikmati bersama keluarga anda. Bukan hanya diskaun, malah anda diantara yang terawal mendapat tahu mengenai jualan langsung di Ikea. Selain itu, anda boleh menikmati hidangan kopi dan teh bersama keluarga anda. Menarik bukan!

SEMAK JUALAN LANGSUNG DI LAMAN WEB IKEA

Check-Website-Local-Deals

Sebelum anda ke Ikea, apa kata anda semak harga atau jualan promosi di laman web mereka terlebih dahulu. Ianya lebih memudahkan anda. Tidak perlulah anda tercari-cari barangan tersebut dan lebih menjimatkan masa anda.

DIY PERABOT MURAH ANDA UNTUK TAMPAK MAHAL

DIY-Cheaper-Items-Make-Them-Look-Pricey

Daripada anda berbelanja untuk barangan Ikea yang paling mahal, apa kata anda DIY perabot murah anda untuk menjadikannya tampak mahal. Mudah sahaja bukan!

 

JANGAN SEWA LORI, GUNAKAN PENGHANTARAN IKEA

Dont-Rent-U-Haul-Use-Ikea-Delivery

Jika anda membeli perabot daripada Ikea, jangan sesekali sewa lori untuk penghantaran ke rumah anda. Ikea menyediakan lori penghantaran ke rumah anda dengan harga yang berpatutan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here