Selena Gomez Bakal Adakan Konsert Pertama Di Malaysia

6605
0
SHARE

Penyanyi pop antarabangsa, Selena Gomez akan memulakan konsert jelajah dunia beliau bermula minggu hadapan dan Malaysia menjadi salah satu destinasi persinggahan penyanyi yang boleh dengan lagu Hands to Myself ini.

Edisi konsert Selena Gomez di Malaysia akan diadakan di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 25 Julai kelak. Ia sebahagian dari The Revival Tour yang bakal dijayakan Selena Gomez di seluruh dunia.

Advertisement

Selena Gomez melancarkan album solo kedua beliau, Revival pada Oktober 2015 yang lalu menampilkan lagu hits Good For You, Same Old Love dan Hands To Myself.

Tiket untuk konsert di Malaysia akan bermula pada RM285 dan akan mula dijual pada 11 April sekitar 10.00 pagi melalui laman web www.prworldwidelive.com dan rangkaian Rock Corner di Gardens Mid Valley, The Curve dan Subang Parade.

Siapa nak belanja kami tiket, akan kami sayang sampai bila bila.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here