Suami Tak Beri Nafkah, Isteri Boleh Keluar Rumah-Fatwa

644
0
SHARE

Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharuskan isteri meninggalkan rumah tanpa izin suami sekiranya terdapat ancaman yang diiktiraf syarak.

Menurut laporan The Malay Mail Online, jawatankuasa yang bersidang pada 20 Disember lalu memutuskan isteri boleh meninggalkan rumah jika tiada penyelesaian terhadap masalah berat yang dihadapi.

“Sekiranya isteri pada anggapan yang kuat merasakan agama, diri, kehormatan, keluarga atau hartanya berada dalam keadaan bahaya yang diiktiraf oleh syarak.

“Tidak mempunyai jalan keluar dan tidak mampu untuk ditanggung jika terus berada di rumah suami, maka isteri diharuskan keluar sekalipun tanpa keizinan suami.

“Begitu juga jika suami gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selamat dan sesuai atau nafkah yang mencukupi.

“Maka isteri boleh keluar rumah rumah tanpa mendapat izin suami dan tidak dikira nusyuz sehingga suami dapat menunaikan tanggungjawabnya,” menurut jawatankuasa itu.

Kenyataan jawatankuasa itu disiarkan di laman Facebook milik mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin petang ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here