Tak Tahan Bau Busuk Kaki Isteri, Suami Nekad Cerai

1551
1
SHARE

Tidak tahan dengan bau kaki isteri, seorang suami nekad untuk menceraikan pasangannya selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan Mail Online, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Su, dari Henan, China mendakwa, kaki isterinya terlalu busuk dan wanita itu tidak mahu membersihkan kaki meskipun telah berkali-kali diminta olehnya.

Advertisement

Su memberitahu stesen televisyen tempatan, kaki isterinya begitu busuk mengalahkan bau sebuah bas yang dipenuhi dengan penumpang.

Isterinya rela ‘dicekik sampai mati’ dari bersihkan kaki

3ae373f700000578-3986000-image-a-33_1480522844487

Tambah Su, isterinya lebih rela ‘dicekik sampati mati’ daripada dia membersihkan kaki dan mengubah gaya hidupnya.

Selain kaki yang berbau busuk, Su berkata, isterinya juga seorang yang pengotor dan suka meletakkan bajunya di merata tempat dan membiarkan timbunan pakaian yang tidak dibasuh sehingga tujuh atau 10 hari.

“Selama tujuh tahun saya meminta dia membersihkan diri tetapi dia tidak pernah berubah. Setiap kali saya balik rumah, bau kakinya itu semakin kuat.

“Saya memberitahunya bahawa saya tidak boleh menerima keadaan berkenaan, tetapi ia sia-sia sahaja,” keluh Su, sambil menunjukkan stoking busuk yang disimpan oleh isterinya di bawah bantal kepada wartawan.

Dakwa Su, pada musim panas, isterinya hanya mandi sekali dalam tempoh tiga atau lima hari dan hanya akan membersihkan kakinya semasa mandi.

Bagaimanapun, wanita terbabit enggan berpisah dengan suaminya dan mendakwa mereka hanya menghadapi ‘krisis kecil’.

Namun, selepas perbincangan dengan suaminya, wanita terbabit akhirnya akur untuk bercerai.

SUMBER

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here