Tak Tahan Terlalu Kaya, Wanita Ini Bakar Beg LV & Minta Cerai!

279
2
SHARE

Rasanya ramai wanita impikan untuk berkahwin dengan lelaki kaya. Tipulah kalau tak nak. Sekarang ni wanita lebih mengejar kekayaan dari kebahagiaan.

Tapi berbeza bagi seorang wanita di China ini, yang bertindak membakar beg berjenama miliknya ketika dia sedang bergaduh dengan suami di hadapan rumah mereka.

144518peo66ejttnowan85

144518mn99yvm1vlcmsqgq

Menurut Dailymail UK, wanita muda tersebut, Xiao Tong merupakan seorang pelajar di Guangzhou yang berkahwin dengan seorang lelai kaya selepas setahun berkenalan.

Kalau ikutkan, kehidupan Xiao memang sangat diimpikan oleh ramai orang. Boleh menginap di hotel lima bintang, memiliki sebuah rumah besar, kereta mewah dan pelbagai beg berjenama. Tapi, bagi Xiao kehidupannya itu buatkan dia tidak gembira.

144517vzju68rp9944n9zq

144517uokqz8h6qr0owvzz

Menurut laporan media, Xiao berasal dari keluarga yang miskin dan dia tidak dapat hidup sebagai orang kaya yang perlu menjaga perlakuan setiap masa.

Xiao terpengaruh selepas menonton satu filem online yang memaparkan kisah seorang gadis yang senasib dengannya. Xiao kemudian membakar beg LV, Prada dan Hermes miliknya itu di hadapan suaminya sebagai tanda meminta cerai.

Namun, berbeza di media sosial apabila ramai yang mengkritik kisah tersebut kelihatan seperti dibuat-buat dan palsu.

2 COMMENTS

  1. Comment: nilah yg dikatakan x reti bsyukur…dh tlalu ikut kata hati..cuba buat ckit kerja amal…kan ada faedah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here