Tidak Menonton TV, Rahsia Panjang Umur 103 Tahun

275
0
SHARE

Jangan terkejut, wanita dari Devon, United Kingdom yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke 103, percaya tabiat tidak menonton televisyen menjadi kunci rahsia untuk panjang umur.

Menurut Gertrude Hindley, dia tidak berpeluang menonton beberapa peristiwa penting yang berlaku di sekelilingnya hanya kerana dia tidak pernah memiliki televisyen.

Advertisement

Gertrude yang pernah bekerja sebagai penjaga berkata dia tidak pernah berminat untuk memiliki sebuah televisyen walaupun kebanyakan orang yang dikenalinya mempunyai set televisyen sendiri di rumah mereka.

“Semua rakan-rakan saya memiliki TV, tetapi saya tidak pernah berminat untuk membelinya. Saya hanya mahukan ketenangan.”

Sebaliknya, Gertrude yang baru sahaja menyambut hari jadinya dikatakan hanya suka mendengar radio pada masa lapangnya.

Ini bermakna, Gertrude tidak pernah menonton peristiwa terpenting di dunia seperti pertabalan Queen Elizabeth II, pembunuhan JFK, berita pendaratan di bulan, serta insiden runtuhnya Tembok Berlin.

Queen Elizabeth II
Pertabalan Queen Elizabeth II
Apollo 11
Manusia pertama ke bulan
east-german-border-guards-try-to-prevent-a-crowd-climbing-onto-the-berlin-wall-in-1989-pic-getty-229561007
Insiden runtuhnya Tembok Berlin

Keluarga Gertrude, dalam pada itu, menganggap tabiat wanita itu yang tidak mahu mengetahui apa yang sedang berlaku menyebabkan dia hidup lebih lama tanpa sebarang kerisauan.

Menurut anak saudara Richard Hindley, ibu saudaranya tidak pernah menunjukkan keinginan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

“Saya rasa itulah rahsia ibu saudara saya dapat hidup begitu lama.”

Richard turut berkata, Gretrude hanya mengenali peristiwa-peristiwa besar yang berlaku ketika dia masih muda.

Difahamkan, wanita itu mempunyai sebuah radio transistor di dalam bilik tidur, tetapi ia hanya digunakan untuk berita tempatan.

Malah, wanita yang kini tinggal di rumah penjagaan itu dilapor hanya suka mendengar program berkenaan alam semula jadi dan berita di radio apabila bapanya, Charles masih hidup.

Gertrude yang tidak mempunyai anak berkata dia hanya menonton televisyen semasa dia melawat rakannya di rumah mereka.

Pesara itu juga pernah membantu menubuhkan Kebajikan Haiwan Daerah Sidmouth dan Pusat Penyelamat Haiwan ARC pada tahun 1970-an.

Sumber : Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here