Tidak Solat Jumaat di Terengganu, Penjara Dua Tahun!

304
1
SHARE

KUALA TERENGGANU: Lelaki Muslim yang tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun tidak lama lagi.

Menurut laporan Bernama, ia susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara oleh para Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain pindaan Seksyen 16, beberapa pindaan lain turut dibuat iaitu Seksyen 19 (tidak menghormati Ramadan) dan Seksyen 53 (mengganggu perempuan di tempat awam).

Bagi solat Jumaat, sebelum ini enakmen itu menetapkan mana-mana lelaki yang mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atas sebab yang munasabah boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan tidak menghormati Ramadan termasuk menjual makanan dan minuman kepada orang Islam serta makan secara terbuka, hukuman pindaan itu membabitkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini, enakmen itu menetapkan jumlah denda sama dan penjara enam bulan sahaja.

Bagi perbuatan tidak sopan di tempat awam, pindaan itu melibatkan hukuman denda RM1,000 atau penjara dua tahun, berbanding hukuman sebelum ini membabitkan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here