Tips Mudah, Cara Semula Jadi Memerahkan Bibir

2374
0
SHARE

Kepada para wanita di luar sana, tahukah anda bahawa pemakaian gincu bibir yang berterusan tanpa penjagaan yang khusus akan mengakibatkan bibir menjadi gelap dan kusam?

Siapa yang tidak menginginkan bibir mungil yang merah dan sihat dengan semula jadi?

Advertisement

Ramai yang menyangka pemakaian gincu bibir adalah jalan yang singkat dan mudah untuk mendapatkan bibir merah menyala, namun tidak mengatahui ia hanya menggelapkan lagi bibir anda.

Jom ketahui tip mudah untuk mendapatkan bibir merah semulajadi yang anda boleh praktikan setiap hari!

Mentega

iStock_000006937653Small

Mentega mempunyai khasiat yang bagus untuk mendapatkan bibir merah secara semulajadi. Oles sedikit mentega pada atas bibir dengan rata. Amalkan sebelum pada waktu malam sebelum tidur.

Minyak Zaitun

olive oil

Pastikan anda membersihkan bibir anda dari kesan gincu terlebih dahulu. Kemudian campurkan madu atau gula dengan beberapa titik minyak zaitun. Oleskan campuran minyak zaitun tadi pada bibir. Tunggu beberapa minit dan bilas sehingga bersih.

Kunyit

Kandungan-Kunyit-Khasiat-Sebagai-Obat-Tipes

Kunyit juga boleh memerahkan bibir yang kusam secara semulajadi. Campurkan serbuk kunyit dengan satu senduk susu dan gaul. Setelah itu oleskan rata campuran tersebut pada bibir selama lima minit dan bilas dengan air.

Daun ketumbar

daun-dan-biji-ketumbar

Hiris halus daun ketumbar dan campurkan dengan sedikit air yang cukup. Oles lembut pada bibir dan biarkannya selama 20 minit. Setelah itu bersihkannya dengan air suam.

Air mawar

IMG_1367

Air mawar boleh memberikan bibir kemerah-merahan secara semulajadi. Usapkan air mawar pada bibir pada waktu malam sebelum tidur dan amalkannya setiap hari.

Madu

honey

Sapukan rata madu ke atas bibir dengan lembut dan biarkan ia selama 15 minit. Kemudian, cuci dengan air suam. Lakukannya setiap hari sebagai rutin harian kerana ia mampu memerahkan kembali bibir.

Hindar kebiasaan menjilat bibir

Licking-Lips

Elakkan dari terbiasa menjilat bibir kerana sebenarnya ia lebih cepat membuatkan bibir kering dan kelihatan pucat. Sekaligus merah bibir akan memudar.

Jauhi kafein dan rokok

27-1374917971-cofee

Sebolehnya kurangkan mengambil minuman yang berkafein seperti kopi serta cuba untuk berhenti merokok. Ini kerana kedua-dua pengambilan ini boleh menyebabkan bibir mudah gelap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here