TMJ, Isteri Sambut Kelahiran Anak Pertama

21040
6
SHARE

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Isteri Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan seorang puteri di Wad Diraja, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pagi tadi.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli mengumumkan berita gembira itu dalam satu kenyataan, di sini pagi ini.

Advertisement

“Jumaah Majlis Diraja Johor merafak syukur ke hadrat Allah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua,” katanya.

Menurut Abdul Rahim, Che Puan Khaleeda dan puteri Tunku Ismail berada dalam keadaan sihat walafiat. Che Puan Khaleeda diijabkabulkan dengan Tunku Ismail pada 24 Oktober 2014 di Istana Bukit Serene, Johor.

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here