‘I Hate Malay Product’, Krim Kurus Tak Rasa Panas, Wanita Buat Laporan Polis!

1256
3
SHARE

Memang panas betul akak ni bila krim kuruskan badan yang dibeli olehnya tidak rasa panas dan tidak beri kesan padanya.

Sekarang ni belambak dah produk pelangsingan badan di pasaran. Ada jenis makan dan ada jenis sapu.

Baru-baru ini video tentang seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Bella, menjadi viral di media sosial.

Video tersebut memaparkan wanita tersebut membuat laporan polis kerana rasa tidak puas hati dan bengang dengan produk pelangsingan badan yang dibeli olehnya.

Krim kurus yang dibeli olehnya LANGSUNG TAK RASA PANAS..Kalau tak panas macam mana nak bakar lemak??

jhgjhgjgh

Melalui video tersebut, wanita ini memberitahu produk pelangsingan tersebut langsung tidak rasa panas!

Tambahnya lagi, ia sesuatu yang sangat pelik apabila krim kurus yang digunakannya tidak memberikan rasa panas apabila disapu di bahagian berlemak.

Bukan tak mampu nak cuba rawatan kurus berharga RM10 ribu, tapi nak cuba produk Melayu..

Tambahnya wanita tersebut, dia bukannya tidak mampu untuk mencuba slimming treatment yang setakat berharga puluhan ribu ringgit, cuma dia ingin mencuba produk orang Melayu.

1-vert

Tapi seperti sudah dijangka, video tersebut dihentam teruk oleh nitizen. Kalau nak baca semua komen-komen, memang boleh tambah ‘dosa percuma’.

Akhir kata dari wanita tersebut, “I hate Malay product ok!”.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here