Aidilfitri 2017

Wanita Korea Pakai Samping Sebagai Skirt Jadi Perhatian

Bila nak dekat Raya ni, mesti ramai yang sibuk nak cari baju Raya. Baju kurung, baju Melayu, jubah la dan macam-macam lagi.

Baru-baru ini ada perkara menarik menjadi bualan ramai di media sosial apabila seorang wanita Korea mengenakan sampin sebagai skirt. Cantik pulak tu bila dia gayakan.

Kejadian itu berlaku di Bazar Ramadan Mega 2017 di Hang Tuah Mall. Tindakan wanita berkenaan mengejutkan peniaga dan orang sekeliling apabila menggayakan samping yang biasanya dipakai oleh kaum lelaki sebagai skirt. Siapa sangka samping boleh jadi skirt.

Menurut laporan Harian Metro, individu yang memuat naik foto terbabit Mohamed Asiff Mohamed Amiz menyatakan wanita itu datang bersama keluarganya malam Selasa lalu. Pada malam itu, wanita itu membelek setiap koleksi sampin yang ada. Mungkin tak dapat nak cuba sebab dia pakai skirt kembang malam tu.

Esok malamnya wanita itu datang semula ke bazar dan terus cuba sampin berwarna hitam perak. Menurut Asiff, mulanya gelagat wanita itu nampak pelik dan kelakar sebab nak pakai sampin sebagai skirt.

Rata-rata netizen kagum dan merasakan wanita itu kreatif walaupun hakikatnya mungkin dia tak tahu kegunaan sebenar samping.

Sumber: Oh Bulan & Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top