Wanita Serang Polis Dengan Payudara, Dikenakan Hukuman Penjara

1912
0
SHARE

Wanita berusia 30 tahun, Ng Lai-Ying, di jatuhkan hukuman penjara 3 bulan setengah selepas didapati bersalah kerana menyerang seorang polis dengan payudaranya ketika tunjuk perasaan di Hong Kong pada bulan Mac lalu.

Akhbar Daily Mail melaporkan, Lai-Ying mendakwa pegawai polis iaitu Inspektor Chan Ka-Po meraba payudara kirinya ketika cuba merampas beg tangannya.

2B07FE7200000578-0-image-a-2_1438587451923

Namun, mahkamah memutuskan bahawa Lai-Ying menggunakan dadanya untuk menghalang tangan polis tersebut dan menuduhnya melakukan gangguan seksual.

Akibat daripada keputusan tersebut, puluhan aktivis termasuk lelaki memakai coli, di luar ibu pejabat polis di Wan Chai di Hong Kong pada Ahad lalu sebagai tanda protes

Mereka berteriak, “Buah dada bukan senjata, berikan kami kebebasan berpayudara”.

2B081EEE00000578-0-image-a-1_1438587359486

“Ini pertama kalinya saya memakai coli dalam hidup saya, ” kata seorang aktivis, pesara guru, bernama James Hon, 66 tahun kepada pejabat berita AFP.

“Kami melakukan ini untuk memberitahu kepada dunia betapa mengarut keputusan kes tersebut,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here