Yana Samsudin Kongsi Rahsia Turun 14 kg Lepas Bersalin!

42601
0
SHARE

Pada 21 Julai lalu, pelakon cantik manis Yana Samsudin selamat melahirkan anak sulungnya, Aisy Mateen, yang kini berusia 5 bulan.

Namun, ramai yang terkejut dengan perubahan bentuk badan Yana yang kembali ramping seperti anak dara. Mesti ramai nak tahu rahsia macam-maca boleh cepat langsing dalam sekelip mata.

Menurut Yana, dia kehilangan berat badan sebanyak 14 kilogram secara semulajadi.

“Sewaktu hamil, berat saya mencecah 70 kilogram. Kini berat badan saya 56 kilogram. Saya tidak mengamalkan apa-apa rutin senaman kerana saya melahirkan Aisy Mateen secara pembedahan.

“Berat badan saya turun secara semulajadi kerana mengamalkan proses penyusuan badan untuk Aisy Mateen,” seperti dipetik daripada Astro Gempak.

Tidak melakukan sebarang senaman, Yana mengamalkan cara pemakanan yang sihat untuk mengurangkan berat badannya.

“Walaupun saya tidak bersenam, saya mengawal pemakanan saya. Selain untuk diri sendiri, saya juga mengamalkan pemakanan sihat untuk anak saya.

“Bagi saya, apa yang penting adalah kesihatan anak kerana dia masih bergantung dengan susu ibu. Alhamdulillah, Aisy Mateen semakin membesar dan saya bersyukur dia sihat-sihat sahaja,” katanya lagi.

Sumber: Astro Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here